Saturday, 10 November 2012

Majlis Pernikahan

DATE : 10.11.2012
VENUE : My Home


Papa, Abe, Kak Long, Mama
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tahniah untuk kak long && Abe ^_^

>>>>>>>>> Gambar Gedik Adik-adik Aku :) <<<<<<<<














 









Saturday, 13 October 2012

No More Tears.

Dear friend,




Terima kasih untuk persahabatan sebelum ini. Saya sangat hargainya. Maaf sekiranya sikap saya berubah secara tiba-tiba. Bukan niat saya untuk putuskan hubungan kita begitu sahaja. Jujur saya terima dengan hubungan awak berdua tapi saya tidak boleh terlalu rapat dengan awak seperti dulu. Saya pernah ada hati terhadap awak. Saya akui benda itu. Saya nak buang perasaan itu. Kalau kita terus rapat macam dulu, saya takkan mampu buang perasaan itu. Lebih baik kite terus berjauhan sebab dengan cara itu sahaja saya boleh buang perasaan ini. Maafkan saya. Lepaskanlah saya pergi dari hidup awak selamanya. Itu jalan yang terbaik bagi saya. Saya akan sentiasa doa agar awak bahagia. Tolong doakan kebahagiaan saya yea. Saya bukan nak mencari boyfriend. Apa yang saya cari adalah pasangan hidup semati. Seseorang yang boleh bimbing saya. Insya'allah saya akan jumpa orang itu. (:
Awak jaga diri baik-baik. Setia dengan dia. Jaga perasaan dia seperti mana awak jaga perasaan saya. Sayangi dia seperti mana awak sayang saya. Buat dia bahagia seperti mana awak buat saya bahagia dulu.
Thanks for everything MOHD FAZAIL also known as my MR. ROMEO :)

Sunday, 16 September 2012

Surprise Maybe.






Surprise !! I'm  here to see you. I want to give you this bracelet long time before and this the reason i'm home. 
Sadly, your surprise doesn't turn out as I planned :(
But never mind, as long I get to see you even we doesn't talk much that time :)

p/s : Maaf if awak terasa dengan saya masa di cafe' tu. I feel awkward. Tapi dapat jumpa kejap pun jadilah daripada tak jumpa langsung. Em, you take care ok. Sorry tak dapat keluar same-same. Next time saya cuti kite keluar ok :)


Saturday, 8 September 2012

It's Been a Long Time

Wahh, dah lame rasenya tak mengupdate blog niey (-__-)"
agak bersawang nampaknyer. actually banyak je benda nak update before ni tapi kemalasan menghantui. hehe.
okeyh, baru kejap tadi aku dengan kengkawan main make-up. Masing-masing cita-cita nak jadi mak andam.  Lepas make-up, as usual jadi model of the year lahh kann ^^
here's the result :



tak boleh masuk banyak picture sebab line quite slow -_-"

Monday, 13 August 2012

Latihan Industri


Minggu ni sibuk dengan urusan untuk cari tempat practical. Macam-macam borang nak kena isi. Serabut seyh --"
Cadangnya nak buat practical dengan kawan-kawan but masing-masing tak sama pendapat. Lastly aku ambil keputusan untuk buat practical sorang-sorang. Bila fikir balik, sampai bila nak berkepit dengan kawan. At least, practical ni boleh belajar berdikari. So, masing-masing dah pilih tempat practical. Aku ni belum lagi decide. Still sedang mencari. Maybe buat dekat Lumut or Teluk Batik je kot. Dekat dengan family. Jimat kos sara hidup. Transport pun ade :)
Tengok senarai Resort kat Lumut pun majority bagus-bagus. Nampak macam best. Jadi excited & tak sabar pulakk nak practical bulan 12 nanti :D
Insya'allah semua akan berjalan dengan lancar. Hope tempat yang bakal aku practical tuh takde serve ARAK or perlu FREE HAIR. Aminnn :)
Cuti raya ni kena cepat-cepat cari tempat practical & comfirmkan terus. Balik POLI nanti tak payah nak pening-pening dah.

Friday, 10 August 2012

Saturday, 4 August 2012

Lamp Comercial Model

For My English Project (LAMP)



Fatin Faiqah bt Tajul Arifin

Nur Diena

Zira Rahman

Eyla Elle

Sara Munira

Fazira

Nur Hayati

NormaSuriati

Syera Sayuti

Aisyah Warda

Tenkiu girls :D
You girls the best. Tengs sebab sudi tolong group aku untuk siapkan english project ni. Tunggu lah video yang bakal group aku buat nanti ok.
All this picture just for the final scene :)
By the way, there's more pictures coming. Wait for the next post.

Thursday, 2 August 2012

Fever




Rasa macam dah lama pulak tak update blog ni. Sibuk dengan kelas & WIFI student yang tak berapa baik. Tambah pulak demam yang tiba-tiba menyerang. Maybe sebab perubahan cuaca kat sini kott. Maklumlah, semua orang tahu PERLIS ni memang panas. Asalnya sakit tekak then esoknya demam terus. Nasib baik ade kawan bagi ubat batuk lahh, ubat demam lahh, antibiotik lahh. Macam-macam ubat dah telan. Tunggu masa nak baik je. Mama pulak suh pi jumpe doktor. Tapi bukan demam teruk pun. hehe :p
Excited nak balikk,,tu yang demam. huhu
Hari ni je dah banyak mana tisu habis. Tong sampah pun penuh tisu hingus je. hahaha :D
Hah,ok lah. Dah berbuka ni hah. Nak makan ! Lapar giler (^.^)

Monday, 30 July 2012

HOT Day




Today seriously PANAS SANGAT !! --"
Masa tido semalam pun sampai tolak katil ke bawah kipas. Bangun sahur pulak minum air je sebab malas nak pi makan. Tapi tak sangka la panas sampai begitu sekali. Perit je rasa tekak ni hah. Tambah pulakk pening kepala. Macam-macam lahh sakit datang bila dah panas ni. Masa kelas asyik ulang-alik ke toilet basuh muka. Maklumlah kelas berderet dari kul 8 pagi until 5 petang. Balik je kelas, terus tido kat bilik. Panas punyer pasal, tido kat lantai je tadi sampai berbuka. hehe :p
Malam ni pun agak panas jugak. As usual, katil awal-awal dah tolak ke bawah kipas. Kelas esok pun pukul 8 pagi until 5 petang. haihh --"
Perlu bertahan dalam 3 minggu lagi. Boleh pengsan camni hari-hari. huhuhu 

Saturday, 28 July 2012

ARAUstralia

with Aen, Eiwah & Ainor


Sewa kereta untuk beli barang di ARAU. Seriously takut bawak VIVA manual tuh. Maklumlah kat rumah takda kereta manual. Mula-mula tuh almost excident jugak. Tapi takde pape pun. Semua okk je.
Kami sewa kereta sebab fikir barang-barang tuh tak tentu ade kat arau. Kami keluar pukul 12.00 tengah hari. Habis beli barang dalam pukul 2.30p.m. Then kami pergi lahh karaoke kejap. Sejam jer. hehe
Nak release tension satt. Sementara tunggu Bazaar Ramadhan bukak kul 4.00p.m , kami snap la picture.
hehe :)

Eiwah takde masa niey sebab pergi kedai buku nak tengok NOVEL :)


Sewa kereta 12jam tapi guna 5jam. Rugi tahap giler la. Tapi nak buat camne kan. Terpaksa lahh. Pukul 5.00 kami dah hantar kereta kat abang Shahir. Tapi masa balik tuh kawan abang Shahir yang hantar kami balik POLI. Hensem gakk lahh. hehe :D
Kami sembang-sembang la. Rupenya dia budak POLI jugak. Dah semester 5. Tapi tak pernahh nampak pulakk. Then dia tanya la kami kos ape. Lepas cakap je Hotel Katering,,
dia terus cakap : ohh,,anak orang kaya niey,!
Seriously tak tahu ape kaitan pulakk. pelik-pelik je --"
Balik bilik terus buat projek english. Dah siap punn. Nanti kite tunjuk gambar nahh :)

Friday, 27 July 2012

I Love You





It will be nice if I can accept you like what my heart whisper every night and day but still not everything we must follow our heart. Our heart will just only lead us to something that we always dreams off. But in reality, our mind will make us think twice for some decision that we're gonna made. What I see is a giant brick wall between us & really make me feel that I'll never be with you. By the way, thanks for every memories that we had together.
I  love you & sorry for what i've done :')

Thursday, 26 July 2012

GTH !




Sumpah aku benci kau weyhh ! Sebab kau dah menyusahkan hidup aku. Tengs for making me more miserable. Tolong larhh berambus dalam hidup aku. Setiap kali tengok muka kau, rasa macam nak bunuh kau je. Muka pompuan bajett SUCI,,bajett GOOD,,bajett INNOCENT. Padahal diri kau yang sebenar TALAM DUA MUKA,,BATU API,,PENIPU,,FAKE,,FAKE,,&& FAKE !!!
Seriously aku taknak ade kaitan sikit pun dengan kau. Kau nak buat ape, buat larhhh. Mampuss kau larhh. Jangan ingat dengan kau bagi sumbangan dalam kelass,,kau dah baguss larhh. Setakat nak cucuk-cucuk orang camtuhh,,baik tak payah larhh weii.. Dasar pengecut !! Kalau kau bagus sangat,,bersuara je larhh dalam kelas tuhhh. GTH !

Wednesday, 25 July 2012

Kitchen

Tersangat Penat


Excited uli tepung guna tangan.
Nak terkeluar semua otot ni hah :D

Today first kitchen, & my group is chef of day (COD) but seriously penat giler babeng --"
Kelas aku tadi buat french loaf dengan sandwich loaf. Actually, buat roti tu tak penat sangat pun. Berdiri yang penat. Dari kul 10pagi untill 6petang.
Tapi seronok sangat. Even puasa pun, better la dari semester lepas. Semester ni setakat roti je, tak tergugat iman masa puasa. Masa semester lepas masak makanan western. Memang keje dok makan je larhh. hahaha :D
Yang paling tension, paip dalam kitchen tuh bocor. Melimpah la air bekas cuci pinggan mangkuk, dengan sisa makanan yang tersumbatt tuhh. Geli gilerr kott. Dengan busuknyerr. Terpaksa jugak la bersihkan tadi. Dah bersihkan, air tu naik lagi. Giler tension weii --"
Last-last, tinggal je la. Biar group yang tugas mop lantai pulakk buat. hahaha :D
Habis kelas kul 6 tuh, balik bilik, tidur sampai berbuka. hahahha :D
Bijak anak orang ni.

Monday, 23 July 2012

Ain Nor Shayedah bt Ismail

Happy Birthday !


sweet 9teen
23 july 1993

Happy Birthday sygs ! ;)

Sorry sebab tak wish. Seriously aku lupa sesangat. Aku dapat tahu pun masa kelas Puan Fatin tadi. Eyla yang bagitahu. Kalau tak, memang aku tak tahu lahh. Sorry my dear ><"
Nanti aku belanja kau pape keyh. Tapi tunggu duit PTPTN aku masuk larhh. hehe :p
By the way, semoga kau berjaya dalam hidup. && matang sikit pemikiran tuhh. hehe
Tengs sebab jadi kawan aku yang terbaik, roomate yang terbaikk && classmate yang terbaikk :D
Sayang kau sesangat,,muahh,,muahh,, 

Sunday, 22 July 2012

Fasting in Ramadhan

with eyla, zira, aen, iewah, ainnor & me (:


Weekends baru ni aku dengan kawan-kawan stay di rumah kakak eiwah di Changlun. Saje nak masak sendiri. Lagipun rumah tu kosong. Jumaat petang tuh kami beli barang-barang tuk dimasak.
First sahur tuh kami makan nasi, ikan sardin tin dengan telur dadar je. Jadilah tuh. If kat poli, belum tentu ada makanan lagi. hehe ;)
Pagi tuh Eyla & Zira ke Penang. Nak shopping katenyer. Tinggal lah kami 4orang kat umah. Juadah berbuka, aku masak la tomyam, telur dadar, murtabak maggie dengan air laici. Tengok-tengok, masa dorank balik dari Penang tuh, mak Zira ade bekalkan sup daging dengan bihun. Then kebetulan kawan yang pergi ke Alor Star, singgah ke rumah. Dapat pulakk kuih-muih lagi. Memang banyak giler makanan kott. Nak meletopp makan berbuka tuhh :D
Sahur malam tuh, kami semua terlewat bangun. Nasib baik ade Romeo tolong kejutkan. hehe ;)
Kelam kabut aku bangun pi gorengkan nasi lebih berbuka tuh.
Pukul 4 tadi kami sewan kereta & beli barang cikit. Seriously duit dah habis. Duit nak makan pun dah takde. Nak mintak kat mama rasa tak best plak. Terpaksa la ikat perut beberapa hari --"
Tadi pun aku beli kasut hitam tuk kelas food & beverages. Ni pun terpaksa giler bhabhi. huhu
Tolong la masuk duit PTPTN dalam masa terdekat ni. Tak perlu la aku mintak duit dengan mama dah.

Wednesday, 18 July 2012

Salon (:

with EYLA ELLE


gambar hiasan ;)

Lepas makan malam, kami semua melawat bilik ila , sue dengan yati. Mereka semua ni roomate. Aku jeles tengok line student kat bilik dorank ni laju. Then aku pun pi la online guna lappy ila. Si Eyla dok mintak nak maen dandan rambut. Punyer la bising dia dalam bilik tuh selagi takde yang nak bagi dia maen rambut. Aku yang lepas keringkan rambut ni bagi je la dia dandan bagi dia senyap cikit. hehehe :)
Then dia pun dandan la rambut aku ni hah. Taktau la style ape. Dah macam rambut lipan. Tapi tak boleh la nak tunjuk ;)
Sampai sekarang aku tak bukak lagi dandan ni. comeyll pulakk. hahaha ;p
tenkiu Eyla Elle membuka salon tadi & jadikan aku model. hahahahaha

Tuesday, 17 July 2012

2nd Day Class

ARAB COMMUNICATION



Sumpah rindu Ustaz Hanafi. Dah la hensem. :(
Tadi kelass arab untuk semester 3. Memang sah la tukar lecturer. Kami dapat la Ustaz Nazimi yang putih comey orangnyer :)
Tapi, cuakk giler kott masa dia masuk kelas tadi. Dah lar muka serius giler babeng. Nak terkentot jugak time tuh sebab dia serius sangat. Masuk je dia terus suruh sorang-sorang tulis perkataan arab yang tahu makna & tahu sebut. Baru la masing-masing perah otak yang dah agak berkarat 2bulan ni -.-"
Aku yang duduk belakang ni lagi la terkial fikir perkataan yang nak ditulis sebab yang senang sume orang depan dah tulis dulu. haihh -.-"
Sampai turn, dengan confident aku pergi la eja "KELAS" dalam bahasa arab. Nasib baik betol. Rasa bangga giler kott time tuh. hahaha :D
Then, ustaz tu cerita la ape yang kami akan belajar semester ni. Biaselah quiz, test, oral speaking, karangan pendek, bla,,bla,,bla,,
Tapi yang tak boleh terimanyer, boleh pulak ustaz cakap setiap individu WAJIB cari orang ARAB & komunikasi dengan dorank. Giler babeng ar. English yang belajar dari kecik pun terkial lagi nak bercakap. Ni pulak bahasa Arab. adehh -.-"
Rasa nak pengsan dengar. Ikut hati nak DROP je subjek arab ni hah. Susah giler babeng.
Tapi yang sakett hatinyer, last-last ustaz cakap TIPUUU jerr !!! terasa diriku tertipu. adehhh ><"
Mane tak muka serius giler dengan garangnya. Even dia buat lawak pun aku ni masih takutt nak gelakk. 
Kami dapat la buku arab tadi, ustaz suruh bayar RM16 seorang. Wajib bayar sebelum keluar kelas. Ramai yang tak setuju. Lagi-lagi aku ni ar. Dengan duit PTPTN tak dapat,, memang makan pasir la puasa ni jawabnyer -.-"
Bila ramai yang tak setuju, ustaz boleh plak JERKAH, "kenapa tak setujuu ??!!"
Sumpah terkejut gilerr kott. Kalau tahan kecing,,memang dah lepass kat situ. Bak kata roomateku, pundi kecing longgar. hahahaha :D
Rupanya semua tu PROPA je lebihh. tak ade ape pun. ustaz saje je nak buat serius terlebih sebab nak tengok kami macam mana. Last-last asyik bergelakk je. Rasa nak pecah perutt kott.
Semua wajib tanya sebarang soalan. Awal tuh je tanya pasal pelajaran. Dah sampai budak lelaki, makin merapu la soalannyer. Aku pun merapu la tanyer : 
aku : ustaz, kalau saya nak ponteng kelas ustaz boleh tak ?
ustaz : boleh, cubalah. hahaha :D
Habis kelas tadi rasa lega giler. Insya'Allah semua ok :)

Sunday, 15 July 2012

Noor Huzaifah

Happy Birthday dear :)



Happy Birthday ke-19  sayang ;)
Aku doakan kau berjaya dalam hidup & murah rezeki. Kau kawan terbaikk aku. Ape-ape pun, jangan lupe aku yang comey ni tau. Sayang kau sangat-sangat. Jaga diri baik-baik keyh. Hah, semoga kau kekal dengan Azree :D
bbye,,Muahh,,muahh,, :)

Frust giler !



Tadi aku dengan kawan-kawan keluar la sebab nak ambil barang dekat rumah kakak member. Kami dah sewa kereta awal semalam. Semua dah comfirm but tadi last minit, orang tu buat taik pulakk. Macam-macam alasan dia bagi. So, kami terpaksa cari kereta sewa lain. Dah jumpa but datang lagi masalah. Nak citer, panjang la pulak. Tapi last-last dapat jugak kereta VIVA yang dah agak nazak jugak la. Terpaksa la ambil jugakk. Lepas ambil barang, kami pergi la Kangar keluarkan duit kat Bank Islam. Maklum la duit PTPTN dah masuk semalam. Aku fikir nak la keluarkan duit sebab nak beli barang cikit tuk puasa ni. Masa check duit tuk, sumpah FRUST giler babeng. Duit PTPTN aku tak masukk. Baki dalam bank just RM10. Urghhhh -.-"
Entah nak makan ape la puasa ni duit takda. Dalam dompet ade dlm RM150. Then tadi dah beli barang, tinggal la dalam RM100 lagi. Kenapa larh duit tak masukk ?? Esok terpaksa la call orang PTPTN tu.  Taknak la mintak kat parents dah. huhu
Harap la duit masuk esok. aminnn,,, (:

p/s : Tak boleh nak update selalu dah. Line student agak slow. Maybe weekends je update. Tambah pulak kelas yang agak padat & assignment yang bakal menimbun. huhu :(


Friday, 13 July 2012

We're Good (:




We're good now. In fact, it keeps getting better day by day. Hope it's the right things to do. Just praying the best for us.
Insya'Allah :)

Thursday, 12 July 2012

Stupid ME




Was I really stupid sebab tak nampak kebaikan awak ? Saya tak cukup hargai awak ke ? Saya mainkan perasaan awak ke ? Betul ke saya ni bodoh sebab tak terima awak ? Saya melebih ke dalam hal ni ?

Saya minta maaf buat awak marah & sakit hati tadi. Saya minta maaf jugak sebab jadi orang yang bodoh, degil dan belagak. Lain orang, lain cara tunjukkan sayang. It's not that i'm not taking you seriously. Maybe saya lebih suke pendam daripada cakap kat awak soal perasaan. Kenangan lepas buat saya jadi takut. Saya percayakan awak tapi saya masih belum percaya kat diri sendiri. Saya taknak sakitkan hati sape-sape especially awak. Erm,,awak..saya taknak halang awak untuk cari kebahagiaan awak. Kalau awakk nak cari orang lain, yes you may :)
Jangan tunggu jawapan saya. Saya sendiri tak tahu bila. Saya akan doakan yang terbaik untuk awak. 

Pendaftaran Asrama


Keluar hotel pukul 7.30 pagi. Last-last daftar pukul 8.30 pagi -.-"
Tunggu la jugak tadi. Mase beratur berebut giler bhabhi punyerr. Aku yang budak baik ni secara tak sengaja terpotong barisan. HAHAHAHA :D
Lepas nak amek kunci tuh, ade masalah pulakk. Warden comment pasal pakaian aku. Memang bangang la. Bukan ketat pun. Aku pakai seluar aladdin je kott. Macam bongok je kunci kena tahan selagi tak pakai baju kurung -.-"
Padahal bukan naik jabatan pun nak formal-formal. 
urghh >.<"
Aku pun dengan kelam kabut terus suruh roomate pergi sarung jubah aku. hahaha :D
Dia ikut je la cakap aku sebab taknak lambat. Kalau tak, memang duduk tingkat atas sekali lah jawabnyer.
Then kami angkat la barang-barang ke bilik & kemas sekali. dah cantikk dah :P

1st day je camni. Tunggu la bulan depan. hahaha :D
Hari ni rasa masa lambat sangat berlalu. Fikir dah petang padahal baru tengah hari. adehh -.-"
Esok pendaftaran jabatan pulakk. bosan giler kott. Harap la jadual tak padat.

Wednesday, 11 July 2012

Perlis :)



3.30 pm aku sampai di Hotel Metro Inn. Then pergi la beli barang dengan kawan-kawan dekat C-MART. Cantikk jugak bilik dalam hotel ni. Tapi tak boleh nak tunjuk sebab sampai je dalam bilik ni, dah takde rupa bilik sebab kawan dah rasmikan dulu tidur. Bilik dah macam stor. haha :D
Esok pukul 8.00 am dah kena daftar asrama. Bermula lah kehidupan di penjara. Macam tak percaya je dah ade kat Perlis. Takpe la. Life must go on. Study kena habiskan :)
Wish me luck in third semester. aminn,,

p/s : awak, saya rindu awak sangat-sangat. Tak boleh lupakan awak. Asyik fikir awak je sepanjang perjalanan ke Perlis until sekarang. Apa la awak buat tuh. Jaga diri bebaik tau. Jangan nakal-nakal. Sayang awak banyak-banyak. :'(

Tuesday, 10 July 2012

I'm Leaving



It's been 2months. Cepatnya masa berlalu. Cuti pun dah habis. Esok pagi aku naik bas balik ke PERLIS. Kenapa la berat hati je nak balik. Bila fikir kawan-kawan, tak sabar rasenya nak balik. Tapi bila fikir yang takkan jumpa dia, rasa taknak balik pun ade. Padahal bukan lama sangat. Raya aku balik jugak.
haihh -.-"
Emotional lebih pulakk malam ni. 

awak, jangan lupa saya ok :')
Saya sayang awak sesangat. Harap sangat perkenalan kita bertahan lama. Saya masih perlukan awak disisi saya. Saya rasa selesa dan selamat bila dengan awak. Even berjam sembang dengan awak, saya tak pernah rasa bosan sikit pun. 
Awak jaga diri yea. Jangan berubah sikit pun. Macam mana kali terakhir saya tengok awak tadi, macam tu la saya nak tengok awak bila saya balik nanti taw :')
Terima kasih untuk semua yang awak dah buat untuk saya. Halalkan ape yang dah awak bagi saya yea. Lagi-lagi makanan. hehe :)
Please make sure layanan awak sama je. Sekarang, nanti dan sampai bila-bila ok. Macam yang awak mintak tadi, kita berbuka puasa sama-sama bila saya balik nanti yea. Insya'allah.
hurm, really gonna miss you sygs. Sayang kaw giler babeng okeyh. Nanti saya cari awek tuk awak macam yang awak nak. hehe ;) (dalam hati tak rela pun. huhu )
Em, ok la. Dah tak tahu nak merapu ape dah. bbye budak pulun. Jaga diri. Jangan sakit-sakit. Kalau jadi keje kat KL tu, pandai-pandai la jaga diri. Jangan kejutan budaya pulakk. Kerja baik-baik. Love you & miss you Mr. Romeo. muahh,,muahh

Monday, 9 July 2012

Saket Perott !!





Hari ni cadangnyer nak puase tapi tak jadi la pulakk. Perott buat hal la tetibe. Sakit giler babeng. Berguling-guling atas katil. Macam-macam style baring dah tadi. Sakit tak hilang pun.
adehhh -.-"

Sapu minyak angin pun tak ada effect dah. Padahal minyak tu panas sepatutnya bila sapu.

Sepanjang hari tidur je. huhuhu :(


Maghrib tadi makan la kat kedai Chef Noodles sebab mama nak buka puase. So, ikut la jugak. Balik dari kedai tuh, Mr. Romeo datang umah. Saje ajak menyembang. Selama ni if sembang aku berdiri je. Hari ni la first time duduk. Tak laratt punyer pasal. hehe :D

Tengah sembang-sembang tadi, dapat la CADBURY lagi. awyeahhh !! :D

suke,,suke,,suke,, 
Tadi paling lama kami sembang rasenya. Walaupun digangu dengan helikopter yang lalu lalang & hujan rintik-rintik tapi takpe la. Janji dapat jugak jumpe & sembang. hehe :)


Esok last la kita jumpe nah. Terpaksa balik pada kehidupan di perlis. huhuhu :'(